Thursday, April 24, 2003

Fragmen Seni sempena Festival Teater Wilayah Persekutuan

Profile

Profile

Profile

Persembahan ini dijayakan sempena Festival Teater Wilayah Persekutuan 2003. Persembahan muzik dan tarian ini secara tidak langsung memperkenalkan AGE kepada khalayak seni yang menonton persembahan di Festival Teater Wilayah Persekutuan bahawa AGE adalah sebuah organisasi seni yang turut dilengkapi cabang muzik dan tarian selain teater.

Tuesday, April 22, 2003

Pementasan Teater Rumah Kedai Jalan Seladang

Profile

Profile

Profile

Pementasan ini dijayakan sempena Festival Teater Wilayah Persekutuan. Karya oleh Tan Sri A. Samad Ismail dan diadaptasi oleh Datuk Johan Jaafar itu telah diarahkan oleh Mohd Fadilah Mohd Said. Ia mengisahkan tentang penderitaan penduduk Tanah Melayu di zaman pendudukan Jepun. Teater sulung ini telah berjaya menggondol Anugerah Kumpulan Harapan.

Wednesday, April 02, 2003

Bengkel Teater Festival Teater Wilayah Persekutuan 2003

Profile

Profile

Profile

Bengkel ini telah disertai oleh beberapa ahli yang terlibat dengan pementasan teater Rumah Kedai Jalan Seladang. Aktivis teater yang memberi syarahan mereka antara lain ialah pelakon teater terkenal, Marlia Musa, senografi teater yang dikenali, Hamzah Tahir dan pengarah teater yang telah mengarahkan beberapa teater ternama iaitu Rosminah Tahir.